Followers

Thursday, October 16, 2008

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

ASSALAMUALAIKUM..
Tempahlah sebuah bilik di neraka buatku diambil dari majalah Iskandariah Mesir"MANAR ISLAM"
menurut majalah tersebut,pada suatu hari seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman.Pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut di sembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau bukan mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.
"Wahai pemudi!Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik,yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama islam kamu.Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki .."nasihat orang tua itu.
Namun nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan islam itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek."siapalah kamu hai orng tua?Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga?Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"Setelah menghemburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu ketawa mengejek panjang.Tidak cukup setakat itu,si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua itu tadi sambil melafazkan kata-kata yang dasyat."Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untuk ku."Katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadap.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.Sayang wajahnya ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan.Semua yang ada di dalam bas todak menghiraukan gadis yang masih muda itu dan tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama suci Islam dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian.Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidut di muka pintu bas.Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutnya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.Tiba-tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya.Gadis itu telah menemui tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para penumpang mulai cemas dengan berita yang menggemparkan itu.Dalam suasana yang kelam kabut,tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.Orang ramai berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.Tapi sekali lagi mereka terkejut,sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya itu.Mayat menjadi hitam seolah-olah di bakar api.Dua tiga orang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik sahaja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan mengurus mayat itu.Begitulah kisah ngeri lagi meyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka di makbulkan Allah?Nauzubillah!sesungguhnya Allah itu maha berkuasa di atas segala sesuatu.
Sangat baik kita jadikan iktibar dan pengajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah dan Sunnah Rasullullah S.A.W dengan mempersendakan atau ejekan.Adakah kata-kata seperti ajaran islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak lagi akan kita buat dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadap dan menghina Allah pencipta seluruh alam.
Inagatlah teman!kita tidak boleh melupakan kematian,tetapi kematian akan tetap terjadi bagi kita.Hanya masa sahaja yang menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.Janganlah menjadi orang yang bodoh ,siapa orang yang bodoh itu?Merekalah yang melawan Tuhan Rabbul alamin.Apabila anda enggan melaksanakan suruhan tuhan bererti anda ingin melawan arahan tuhan.sekian

No comments: