Followers

Thursday, August 13, 2009

CoReTan HaWa uNtUk AdAm













Ke hadapan adam…..

Adam maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu.Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.jadi tak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.


‘sentiasa inginkan bimbingan darimu’

Sentiasa mahu terpesong dari landasan,kerana ‘aku buruan syaitan’.

Adam,Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada kaummu di akhir zaman.Inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu lebih ramai daripada kaumku,nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,kacau bilaulah suasana.Adam sesama adam bermusuhan kerana hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Nabil dan Qabil sehinggalah zaman cucu cicitnya. Pun begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih daripada satu waktu.


Adam,bukan kerana isterimu yang membimbingku,tidak kerana sedikitnya yang kerungsingkan aku.Tapi aku risau dan gundah gulana apabila melihat tingkah laku mu. Kau sejak dulu lagi tahu bahwa aku mesri tunduk ketika menjadi isteri mu. Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara.


Adam, aku tahu bahawa kau megetahui dalam alquran menyatakan ‘kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita’


“kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita”

Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau bertanggungjawab untuk menjaga aku. Mengawasi dan menjaga aku agar sentiasa dalm redha Allah S.W.T. Tapi adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi kepada kaum ku ini. Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah,jalan-jalan dipasar bukan tempatku,jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung kaki hingga hujung rambut. Tapi, realiti dan hakikat nya kini,Hawa telah buat lebih dari yang patut.

Adam, mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru”itu sudah tentu”. Katamu aku ibu dan guru kepada anak-anakmutapi sekarang diwaktu yang sama aku ke medan menguruskan hal Negara, aku ke hutan memikul senjata padahal kau duduk-duduk sahaja. Ada di antara yang menganggur dan ada pula yang tidak bekerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kain ku tinggi menyingsing peha mengamankan Negara. Apa kau sekarang ini tidak seperti dahulu? Apakah kau telah hilang kasih sucimu terhadap diriku?

Adam, marahkah kau jika kukatakan .”jika hawa yang terpesong maka adam yang patut tanggung?sebab apa adam? Ramai yang orang kata anak jahat mak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh guru tak pandai ajar, Adam kau selalu kata.”hawa memang degil tak mahu dengar kata tak mudah makan nasihat, ke[ala batu”.

Pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu. Apakah didikanmu kepadaku sama seperti didikan Nabi S.A.W terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa seperti psikologi Muhammad terhadp mereka? Apakah akhlak Adam boleh dijadikan contoh buat Hawa?

Adam kau sebenarnya imam dan aku adalh makmun. Aku adalh pengikut mu kerana kau adalah ketua. Jika benar maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku

2 comments:

Anonymous said...

betapa..besarnya tanggungjawab seorang adam nie..!!!

Einaz Shah Rizal Thomas said...

hawa mn adam ko???
x citer pon..
=D