Followers

Thursday, November 5, 2009

sIkAp uJuB pErOsAk dIrI..

Ada orang yang takut atau gusar nikmat disisinya hilang..
bahkan selalu bergembira..
gembiranya kerana nikmat itu semata-mata,
lebih-lebih lagi mengenangkan keupayaan dan kejayaan dirinya
mendapat kan nikmat terbabit,
bukannya atas kesedaran ia adalah satu kurniaan Allah..
seseorang yang bersifat ujub,
selalunya lupa untuk menyelidiki kekurangan dalam
ibadat dan kebaikan yang dilakukannya..
sedangkan kealpaannya itu boleh mengakibatkan ibadatnya menjadi sia-sia
jika benar da kecacatan dalam ibadatnya..
orang yang dilanda sifat ujub sebenarnya orang
yang terpesona dan terpedaya
merasakan dirinya selamat daripada
ujian Allah dan seksaanNYA..
seterusnya orang terbabit merasakan dirinya mempunyai kedudukan di sisi Allah
dan berpendapat setiap ibadatnya berhak mendapt ganjaran
sedangkan hakikatnya ia adalah nikmat dan pemberian Allah..
berbahaya sifat ujub atau sifat malas ini
apabila mengakibatkan seseorang malas,tidak aktif dan kurang berusaha
kerana menyangka dia sudah cukup segala2nya..
sifat ini boleh menyerang sesiapa saja
tidak mengira tua atau muda..
Jelasnya..sifat ujub adalah sifat tercela dan
sepatutnya setiap individu berwaspada terhadapnya..
jangan membiarkannya tumbuh dan bermaharajalela di dalam diri..
FIKIR2KAN BERSAMA...

2 comments:

NUR DAIE said...

alhamdulillah..
jom awer kte renungkan sama2..

oRkEd PuTiH said...

yup!!!renung2 kn..=)