Followers

Sunday, March 28, 2010

SeHarI beRsAma WarGa OKU







































































































waktu nie,ujan renyai..kami berpecah untuk wt keje masing2





Pada 12 Mac 2010, seperti yang dijanjikan aku dan pelajar dakwah semester 4 telah diamanahkan untuk membuat satu program kelas.Maka, kami sekelas telah sebulat suara dan bersatu hati untuk pergi ke Perkampungan Taman Rahmat. Sebelum kami bergerak pada pagi itu, kami telah dipesan supaya ikhlaskan hati dan betulkan niat kami. Selain itu, kami perlu bersedia dari segi fizikal dan mental kerana sebagai seorang pendakwah kami harus menerima sebarang kemungkinan dan masalah yang berlaku serta perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
Pejalanan kami mengambil masa dalam sekitar 45 minit untuk sampai ke destinasi yang dituju. Sesampai sahaja di sana, hati kami sangat terharu dan terkejut melihat keadaan sekililing Sememangnya di fikiran lain, tapi apabila sampai lain. Setelah itu, kami disambut oleh Pak Ibrahim Pak Tahir , isteri dan anak beliau. Kami mengeluarkan barang-barang dan kemudian kami sarapan bersama-sama. Aktiviti kami adalah gotong-royong, kami diagihkan kepada tiga kumpulan. Ada yang di dewan, ada yang di surau, ada yang di Pustaka dan taman permainan.
Melihat keadaan sekeliling yang kemudahan yang ada tidak cukup, bagaimanakah mereka menjalani kehidupan mereka seharian. Bagaimana mereka berinterksi antara satu sama lain. Bermacam-macam soalan yang bermain di fikiran memikirkan kehidupan mereka seharian. Selalunya melihat di kaca televisyen, tapi sekarang reality yang kami tempuhi berada di hadapan mata, bagaimana kehidupan golongan yang lemah dan memerlukan bantuan daripada mereka yang mampu. Sehari di sini dapat mematangkan fikiran dan dapat membuka minda kami serta bersedia ujian yang melanda.
Ujian pertama yang dihadapi oleh kami ialah hujan.Walaubagaimanapun itu bukanlah masalah besar bagi kami, yang penting adalah kerjasama antara kami. Saya ditugaskan untuk membersihkan kawasan dewan. Kami membersihkan dan membasuh bilik air, mengelap tingkap, susun kerusi, membasuh kipas, menyapu dan membersihkan longkang. Kami berpuas hati dengan kerja yang kami lakukan di dewan yang mana antara kami semuanya bekerjasama dan tiada yang curi tulang.
Jam sekitar 12 tengahari kami telah menyelesaikan semua kerja. Kami yang berada di dewan pergi ke Pustaka untuk mkan tengahari beramai-ramai. Setelah itu, kami meneruskan aktiviti kedua kami iaitu pelajar perempuan menuju ke surau untuk mendengar tazkirah mengenai FIQH Al-MAR’AH yang disampaikan oleh Nur Suryati Binti Abd.Razak dan solat zuhur bersama-sama. Manakala pelajar lelaki solat jumaat di masjid. Kami menjemput para ibu untuk hadir bersama-sama, kami menerima seberapa yang hadir, kerana kami faham situasi dan keadaan mereka yang kebanyakan mereka adalah orang kurang upaya.
Setelah selesai solat zuhur berjemaah bersama-sama, kami mempersiapkan diri untuk aktiviti seterusnya di dewan dan merupakan ujian yang paling besar bagi kami. Hanya Allah sahaja yang tahu tahap kekuatan dan kesabaran yang kami lalui dan tempuhi. Sepatutnya majlis mula jam 2.30 petang tetapi malangnya tiada seorang pun warga kampung yang hadir, kami semua mulai gelisah dan kelam kabut. Semasa menunggu kehadiran warag kampung, seorang lelaki yang kurang waras telah menyerbu masuk ke dalam dewan. Kami semua jadi panik dan takut. Rupa-rupanya dia mahu kan air.
Alhamdulillah, walaupun penantian suatu penyiksaan, akhirnya warga kampung mulai ramai datang. Di sini, menguji kekuatan fizikal dan mental kami sekelas, yang mana antara kami sudah ada putus asa dan ,kurang persefahaman antara kami satu kelas. Kami mengambil anisiatif menyuruh sebahagian antara kami menjemput warga kampung untuk hadir dan sebahagian mengurus di dewan .Tapi pada masa itu, keadaan amat memang amat merumitkan dan kelam kabut sedikit.
Setelah itu, kami membahagi-bahagikan kerja, yang mana sebahagian kami bersama-sama anak-anak warga kampung untuk mengenali antara satu sama lain dan sebahagian bersama para ibu mendengar ceramah daripada Ustazah Salimah. Dengan cara ini kami lebih mendekati dan mengenali warga kampung di situ. Kami bersyukur dengan bilangan yang datang bagi menjayakan program kami. Tujuan kami bersama-sama anak-anak warga kampung ialah mahu mengenali, dan mengetahui keadaan sekeliling serta kehidupan seharian yang dilalui oleh m yang mana sedikit sebanyak dapat memberi sedikit nasihat dan tunjuk ajar.
Semasa bersama-sama anak-anak warga kampung, kami berasa sungguh kasihan dan sedih serta sedikit sebanyak dapat menyelami perasaan anak-anak warga kampung tersebut. Selain itu, dapat kami ketahui bahawa ada dikalangan mereka kurang mendapat didikan agama dan kurang pendedahan tentang dunia luar. Dan apabila kami ajukan soalan kurang respon daripada mereka. Mereka memerlukan tunjuk ajar dan dorongan untuk lebih maju dan ubah mereka. Mereka suka dan gembira dengan kehadiran kami ke sana.
Apabila ditanya apakah cita-cita mereka, semuanya ingin berjaya. Ada yang mahu jadi polis dan guru.Daripada situ, kami melihat mereka mempunyai impian hidup dan mahu mengubah cara kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan menjamin kehidupan mereka kelak. Kami memberi sedikit ilmu dan nasihat kepada mereka untuk digunakan kelak bagi mencapai impian dan cita-cita mereka.Semoga mereka mengunakan apa yang kami sampaikan sebaiknya. Mereka berkata apabila mencecah usia 17 tahun kebanyakan mereka tidak mahu meneruskan persekolahan.
Mereka ini juga harus diberi perhatian secara berterusan daripada pihak yang bertanggungjawab kerana penglibatan anak-anak dalam program ini kurang mendapat sambutan, apa yang kami perhatikan ada yang datang, dalam beberapa minit mereka balik. Golongan remaja kurang mendapat sambutan yang hadir Cuma anak-anak yang berusia 13 tahun ke bawah sahaja yang hadir untuk memeriahkan program kami.
Daripada program sehari bersama warga OKU ini, banyak pengalaman baru dan pengajaran yang kami perolehi. Antaranya, semangat kerjasama amat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Dengan itu ukhuwwah antara kami mudah terjalin. Selain itu, persediaan dari segi fizikal dan mental adalah penting untuk menghadapi sebarang masalah yang berlaku dan kesedaran bersama harus diterap oleh setiap individu untuk merasai kesusahan dan kepayahan hidup sebagai seorang yang kurang upaya.
Kami kagum dengan golongan yang lemah ini, walaupun mereka buta mata n kurang upaya tetapi hati mereka celik. Mereka mahupun kasih sayang dan hidup seperti manusia normal. Kami sungguh bersyukur dengan apa yang kami ada sekarang. Mungkin kami tidak dapat merasai kesusahan dan kepayahan kehidupan seharian mereka, tapi sekurang-kurangnya dengan kehadiran kami ke sana menjadikan mereka gembira dan meringankan beban yang mereka tanggung serta terkesan dengan ilmu dan nasihat yang kami sampaikan.
Sebenarnya jauh di lubuk hati ini sangat terharu dan sebak melihat keadaan kehidupan mereka, tetapi mereka harus menempuh kehidupan seharian mereka tanpa putus asa. Dan kami tahu jauh di lubuk hati mereka mahu kan kehidupan yang lebih selesa dan sempurna. Kami terfikir bagaimana jika kami yang berada di tempat mereka, adakah kami kuat seperti mereka, bolehkah kami menurskan kehidupan biasa seperti mereka.
Oleh yang demikian, dapat simpulkan di sini. Sebenarnya golongan yang kurang upaya dan buta ini memerlukan perlindungan dan pembelaan daripada pihak berwajib. Mereka memerlukan perhatian, kasih sayang dan perlu didekati selalu supaya mereka tidak berasa disisihkan dan mahu menjadi sebahagian masyarakat yang celik dari pelbagai aspek. Untuk anak-anak mereka perlu diberi pendidikan dan pendedahan supaya mereka maju seiring belia yang ada yang amana sihat daripada segi fizikal dan mental yang bukannya menjadi remaja yang mempunyai masalah sosial.





No comments: