Followers

Thursday, December 16, 2010

seNyuM=)

salam...
ak minat sgt lagu senyum by malique ft najwa..
lagi2 lirik yg ini..

"kacak luar
kacak dalam
kacak dengar sini
kalau saya senyum
awak mesti senyum sekali
kalau kita senyum
semua orang berjangkit
bila semua orang senyum
dunia tiada penyakit"

dan lirik ini..

"ay, cantik luar
cantik dalam
cantik dengar sini
kalau cantik senyum
cantik mesti cantik lagi
senyum cikit nak tengok ada x lesung pipit
kalau xde pun aku
masih mahu cubit"

best sgt!!nk taw nape..coz senyum 2 kan sedekah..
hati yg panas pun blh sejuk kalau tgk owg senyum..
hah!!ak ada cri kelebihan senyum...
bace taw...



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit
jantung.

6. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

7. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen

nak taw???kwn2 ak ckp ak nie murah dgn senyuman!!huhu..bangge jp=)

4 comments:

Anonymous said...

Salam

Senyum itu bagaikan terapi buat saya. Senyum memang banyak kebaikan. Dan ssebalik senyuman itu sebenarnya kita perlu belajar untuk bersyukur dan berlapang dada. JIka tidak, senyum bagaikan tidak muncul.

=)

oRkEd PuTiH said...

salam sephi...yup..jd senyumla..huhu

ghost said...

jangan SENYUM sowank-sowank k.

SENYUM tak perlu kata apa-apa.

:)

oRkEd PuTiH said...

biskut:huhu=)senyum2