Followers

Tuesday, March 24, 2009

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari,Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanye:

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
murid 1:orang tua
murid 2:guru
murid 3:teman
murid 4:kaum kerabat
Imam Ghazali:semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
sebab itu janji ALLAH bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati(surah Al-Imran:185)
Imam Ghazali:Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
murid 1:negeri china
murid 2:bulan
murid 3:matahari
murid 4:bintang-bintang
Imam Ghazali:semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.Bagaimanapun kita,keadaan kita,tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.Oleh itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran islam.
Imam Ghazali:Apa yang paling besar di dunia ini?
murid 1:gunung
murid 2:matahari
murid 3:bumi
Imam Ghazali:Semua jawapan itu benar,tapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU
(surah Al A'raf :179)Maka kita harus hati2 dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
Imam Ghazali:Apa yang paling ringan di dunia?
murid 1?kapas
murid 2:angin
murid 3:debu
murid 4:daun
Imam Ghazali:Semua jawapan itu benar,tapi yang paling ringan sekali di dunia adalah MENINGGALKAN SOLAT.Gara2 pekerjaan kita atau urusan dunia kita,kita tinggalkan solat.
Imam Ghazali:Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1:baja
murid 2:besi
murid 3:gajah
Imam Ghazali:semua itu benar,tapi tang paling berat di dunia adalah MEMEGANG AMANAH.(surah Al-Azab :72)tumbuh2an,binatang,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah pemimpin dunia ini,tetapi manusia dengan sombongnya berebut2 menyanggupi permintaan ALLAH sehingga banyak manusia yang masuk neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali :Apa yang paling tajam sekali di dunia?
semua murid serentak menjawab: pedang
Imam Ghazali:Itu benar,tapi yang paling tajam sekali di dunia adalah LIDAH MANUSIA.kerana melalui lidah,manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

No comments: